27 OKTOBER 2015
Kelas ke enam dijalankan di MK 6, Fakulti pendidikan. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah mendengar satu pembentangan kumpulan dari kumpulan yang terdiri daripada Fitri, Adilah dan Syamimi. Untuk pengetahuan anda tajuk pembentangan power point mereka adalah Kemahiran Abad ke 21. Dengan adanya pembentangan seperti ini ia dapat meberikan kami pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan kemahiran abad ke 21. Pembentangan mereka sangat menarik kerana mereka menggunakan kaedah Casper dalam Google Slide mereka. Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah kuiz untuk menguji tahap kefahaman kami di dalam tajuk kemahiran abad ke 21 ini. Lebih menarik lagi, sesiapa yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan diberi hadiah coki-coki.
Selepas tamatnya pembentangan kami dikehendaki menyambung semula laporan cadangan kajian yang dilakukan. Kali ini kami dikehendaki membuat soalan kaji selidik. Selepas siap membuat soalan kami diminta untuk menunjukkan soalan berkenaan kepada Cik mazalah. Ia bagi bertujuan untuk memastikan soalan yang ditanya bertepatan atau tidak dengan objektif kajian. Setelah soalan di semak oleh Cik Mazalah kami dikehendaki membuat soalan tersebut di dalam Google Form.