13 OKTOBER 2015
Kelas keempat dijalankan di MK 6,Budiman. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah membuka laman sesawang GE1155 bagi melihat tugasan yang akan dilakukan pada minggu ini. Tugasan pada minggu ini ialah Cik mazalah iaitu tutor kami telah menerangkan mengenai CASPER iaitu satu teknik pembinaan slide yang merangkumi aspek teks, animasi, grafik,audio dan video. Setiap kumpulan telah diarahkan untuk memahami konsep dan prinsip CASPER dan mencari semua maklumat berkaitan dengan CASPER. Seterusnya, Cik mazalah memberitahu bahawa semua elemen CASPER ini harus dimasukan didalam slide presentation agar menjadi menarik dan berkesan.
Di akhir pengajaran Cik Mazalah meminta kami menyiapkan slide masing-masing kerana tarikh akhir untuk menghantar slide pembentangan adalah pada tarikh 26.10.2015.
Refleksi kendiri
Setelah mendapat tugasan ini, kami bersepakat untuk mencari maklumat mengenai CASPER, kemudian kami baca dan fahami definisi tersebut.
1. Dari segi pelan tindakan, kesemua dari kumpulan kami, mencari maklumat berkenaan CASPER kemudian masing-masing menerangkan mengenai apa yang di fahami. Kemudian, mengaplikasikannya dalam pembentukan slaid pembentangan berdasarkan subtopik yang telah di bahagikan. Seterusnya, melakukan silde pembentangan masing-masing berdasarkan prinsip CASPER.
2. Bagi tugasan weebly ini, saya dan rakan-rakan tidak mengalami apa-apa masalah kerana kami memahami prinsip CASPER dengan jelas terutama apabila dijelaskan dengan lebih lanjut oleh pensyarah kami Cik Mazalah.
3. Sebelum melaksanakan tugas ini, kami terpinga-pinga apa yang dikatakan dengan CASPER ini dan semasa mencari maklumat melalui enjin pencarian baru kami memahami apa yang dikatakan dengan CASPER dan setelah menyelesaikannya kami berasa lega dan bangga kerana pemahaman kami mengenai CASPER sejajar dengan apa yang di terangkan oleh pensyarah kami.
4. Pada pandangan peribadi saya, saya berpuas hati dengan tugasan yang saya dan rakan-rakan lakukan. Ini kerana kerjasama yang diberikan dan juga kami sering bertukar pendapat tentang bagaimana tugasan ini harus dilakukan serta kami gemar mengaplikasikan apa yang telah di ajar oleh pensyarah kami.
5. Peratus berjaya yang saya boleh beri adalah 100% kerana kami berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya serta mengaplikasikan elemen yang di ajar kepada pembelajaran lain bukan sahaja dalam subjek ini.