22 September 2015
Kelas kedua dijalankan di MK 6, Dewan Budiman. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Perkara pertama yang kami diminta lakukan adalah membaca bagaimana cara-cara untuk membuat akuan weebly, kami diminta membaca panduan asas bagaimana mencipta blog serta pages di Weebly. Kemudian, kami dikehendaki mencipta satu akaun Weebly.
Seterusnya, kami juga telah diberikan beberapa task atau tugasan oleh pensyarah. Seterusnya, Cik Mazalah memberi kami masa 15 minit untuk berbincang di dalam kumpulan mengenai topik Komputer sebagai Alat, Guru dan Pengajar. Seterusnya, kami diminta berbincang mengenai tugasan yang diperolehi dengan rakan-rakan dan akhir sekali kami diminta menulis laporan tentang komputer sebagai ‘alat’, ‘guru’ dan ‘pelajar’ dan upload di Weebly iaitu di dalam ruangan TUGASAN.