15 Disember 2015
Kelas seterusnya dijalankan di MK 6, Fakulti pendidikan. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami bersama Cik Mazalah. Seperti biasa, perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah membuka laman sesawang GE1155 untuk melihat tugasan yang diberi. Kali ini kami telah diberikan tugasan untuk membuat video menggunakan POWTOON. Tajuk video adalah sama dengan tajuk pembentangan iaitu Perisian Asal dan Perisian Berlesen. Seterusnya, Pada minggu ini juga Cik Mazalah telah memberi peringatan kepada kami mengenai setiap tugasan yang perlu di upload ke dalam i folio besertakan dengan tarikh-tarikh penting bagi setiap tugasan. Dibawah ini merupakan video yang telah kami buat menggunakan aplikasi PowToon. Sila rajinkan diri anda dengan membuka video kami yang kini terdapat di Youtube. hehe

Refleksi Kendiri
1. Powtoon adalah aplikasi yang berasaskan web, yang memudahkan kita untuk mengetahui tentang sesuatu maklumat menggunakan teknik video. Ia juga merupakan antara alat bantu mengajar yang berkesan kepada pelajar - pelajar. Powtoon juga membolehkan kita berkongsi video yang penuh informasi itu kepada orang lain menggunakan aplikasi youtube ataupun vimeo.
2. Untuk video ini, saya telah diberi tugas untuk mengedit video ini. Namun begitu, Syaza dan Farah telah membantu saya dengan memberikan maklumat dengan yang tepat dan mudah untuk saya isi di dalam powtoon. Mereka juga ditugaskan untuk membantu saya sedikit sebanyak di dalam pemilihan imej dan juga theme yang sesuai.
3. Sebenarnya, kami ingin memasukkan video ke dalam powtoon kami. Kami juga sudah merakamkannya. Namun begitu, malang tidak berbau, video tersebut tidak dapat dimasukkan kerana terdapat beberapa error yang tidak dapat dielakkan. Video powtoon tersebut tidak dapat dimainkan walaupun sudah diconvertkan. Tetapi, ia tidak menghalang kami untuk melakukan powtoon yang terbaik untuk dipertontonkan kepada rakan - rakan yang lain.
4. Kami bertiga sangat teruja menggunakan aplikasi powtoon ini kerana sebelum ini kami hanya pernah menggunakan movie maker. Namun begitu, ketika video tidak dapat dimainkan, kami merasa sangat tertekan. Tetapi, akhirnya kami berjaya membuat video ini dengan menariknya.
5. Di akhir tugasan ini, kami berasa sangat berpuas hati kerana kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Ia kerana walaupun pada permulaannya kami tidak mengetahui lansung berkenaan apakah itu aplikasi Powtoon, namun kami berjaya membuat video menggunakan PowToon dengan bantuan tutor kami iaitu Cik Mazalah, ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas. Akhir kata, dengan terhasilnya video kami ini kami berasa sangat berpuas hati, gembira dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dalam dunia teknologi dan maklumat ini. (ICT).