15 September 2015
Kelas pertama telah dimulakan, kelas bertempat di MK 3 Dewan Budiman. Tepat jam 2 kelas telah dimulakan oleh Cik Mazalah. Perkara pertama yang dilakukan ialah sesi memperkenalkan diri, dimulai oleh pensyarah kami sendiri iaitu Cik Mazalah. Di dalam kelas pertama Cik Mazalah meminta kami mengisi nama di dalam sistem komputer bagi memudahkan proses mengambil kedatangan pada kelas seterusnya. Setelah siap menaip nama masing-masing Cik Mazalah meminta kami menjawab ujian ICT yang mengandungi 300 soalan yang berkaitan dengan ICT.
Seterusnya, Setelah siap menjawab ujian kami memulakan sesi pembelajaran, Cik Mazalah meminta kami membuat satu akaun google dan membuat signature yang baru bagi memudahkan segala urusan pengajaran dan pembelajaran dilakukan nanti. Setelah siap membuka akaun google dan signature yang baru Cik Mazalah telah mengajar kami mengenai cara penghantaran email kepada beberapa rakan secara serentak. Akhir, sekali Cik Mazalah meminta kami membuat satu tugasan dimana kami diminta menulis email kepada Cik Mazalah berkaitan dengan pengalaman pertama menggunakan komputer dan apa yang diharapkan oleh kami didalam mempelajari subjek Komputer dalam Pendidikan ini. Kelas bersurai jam 5 petang.