6 Oktober 2015
Kelas ketiga dijalankan di MK 6, Dewan Budiman. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah membuka laman sesawang GE1155 bagi melihat tugasan yang akan dilakukan pada minggu ini. Tugasan pada minggu ini ialah memilih salah satu tajuk untuk dibentangkan pada minggu ke 7. Tajuk tersebut ialah
Seterusnya, Cik Mazalah meminta kami untuk mencabut undi dan saya sebagai ketua kumpulan 3 telah memilih tajuk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software). Selepas memilih tajuk Cik Mazalah telah menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dan cara - cara bagaimana untuk membuat pembentangan menggunakan Power Point dan menggunakan prinsip CASPER sebagai rujukan.
Antara prinsip Casper ialah

- Kemahiran Abad ke 21 (21st Century Skills)
- Pembelajaran tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Kemahiran Berfikir dalam ICT (Thinking Skills and ICT)
- Keselamatan Internet dan Komputer (Internet and Computer Security)
- Perisian asal dan berlesen (Original and Licensing Software)
- Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software)
- Web 2.0 dalam Pendidikan (Web 2.0 in Education)
- e-learning and mobile learning
Seterusnya, Cik Mazalah meminta kami untuk mencabut undi dan saya sebagai ketua kumpulan 3 telah memilih tajuk Perisian Sumber Terbuka (Open Source Software). Selepas memilih tajuk Cik Mazalah telah menerangkan serba sedikit mengenai tajuk dan cara - cara bagaimana untuk membuat pembentangan menggunakan Power Point dan menggunakan prinsip CASPER sebagai rujukan.
Antara prinsip Casper ialah
Seterusnya, Cik Mazalah mengajar kami berkenaan dengan penggunaan Google Scholar bagi mendapatkan info berkenaan tajuk yang dipilih.
Selepas selesai mempelajari tentang Google Scholar, Cik Mazalah meminta kami membuka portal PTSL bagi melihat jurnal-jurnal yang telah dilanggan oleh PTSL sendiri. Ia bertujuan kerana Cik Mazalah mahu kami memasukkan rujukan jurnal-jurnal yang berkaitan tajuk di dalam pembentangan yang akan diadakan pada minggu ke 7 nanti. Akhir sekali, Cik mazalah juga sempat menunjukkan kepada kami bagaimana cara untuk menulis rujukan laporan atau tugasan dengan betul.
Refleksi kendiri
- Saya dan ahli kumpulan telah bersepakat untuk mengeluarkan pendapat masing-masing (brainstorming) mengenai tajuk yang diberikan kepada kami. Setelah itu, kami telah berbincang dan telah mencapai satu persetujuan idea mengenai tajuk tersebut. Kemudian, kami menggunakan enjin pencarian laman sesawang sebagai satu alternatif untuk memantapkan tugasan kami ini.
- Dalam merangka pelan tindakan aktiviti dalam setiap tugasan, kami telah bekerjasama dalam mencari maklumat yang sahih . Sebagai contoh, kami telah membahagikan tugasan mengikut tajuk dan subtopik. Disini saya dapat melihat komitmen dalam menyiapkan tugas masing-masing.
- Antara masalah yang kami hadapi ketika menyiapkan tugasan ini adalah jaringan internet yang sangat lemah dan ianya sedikit sebanyak membawa kesan negatif kepada tugasan kami. Sebagai contoh, kerja kami tergendala akibat dari jaringan internet yang lemah. Selain itu, tajuk tugasan kami merupakan satu tajuk tugasan yang agak sukar kerana maklumat yang kami jumpai dan dapati adalah terhad.
- Perasaan saya dan rakan-rakan sebelum mendapat tugasan ini adalah teruja kerana kami diminta untuk mencabut undi bagi tajuk tugasan. Pada mulanya kami berasa sangat tidak sabar untuk melakukan tugasan yang diberikan namun setelah cuba mencari maklumat, kami berasa sedikit tertekan kerana maklumat mengenai tajuk yang kami dapat adalah agak terhad dan sukar untuk di fahami.Akhirnya, setelah berjaya menyiapkan tugasan kami berasa amat lega dan gembira kerana kami berjaya menyiapkan dan memahami tajuk tersebut walaupun agak sukar.
- Saya dan ahli kumpulan berasa sangat berpuas hati kerana berjaya menyiapkan dan memahami tugasan dengan baik. Saya juga amat berterima kasih kepada ahli kumpulan kerana memberi komitmen yang baik.