8 Disember 2015
Kelas seterusnya dijalankan di MK 6, Fakulti pendidikan. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami bersama Cik Mazalah. Seperti biasa, perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah membuka laman sesawang GE1155 untuk melihat tugasan yang diberi. Kali ini kami telah diberikan tugasan untuk membuat video menggunakan POWTOON. Tajuk video adalah sama dengan tajuk pembentangan iaitu Perisian Asal dan Perisian Berlesen. Seterusnya, Pada minggu ini juga Cik Mazalah telah memberi peringatan kepada kami mengenai setiap tugasan yang perlu di upload ke dalam i folio besertakan dengan tarikh-tarikh penting bagi setiap tuigasan.

Refleksi Kendiri
1. Pada minggu ini kami telah mempelajari bagaimana menggunakan aplikasi Powtoon sebagai satu media untuk membuat video secara di atas talian. Pada mulanya kami berasa amat gementar kerana kami tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam menggunakan aplikasi PowToon ini.
untuk memahami dengan lebih lanjut kami telah mendengar sedikit sebanyak penerangan yang diberikan oleh Tutor kami iaitu Cik Mazalah mengenai aplikasi ini. Setelah mendengar penjelasan, kami telah membahagikan tugas masing-masing, setiap ahli diberi masa untuk mencari tahu mengenai cara dan bagaimana untuk membuat video menggunakan aplikasi ini.
2. Ketika melakukan tugasan ini saya sebagai ketua kumpulan telah merancang pelan tindakan bersama-sama ahli kumpulan lain mengenai bagaimana untuk mencari maklumat berkaitan dengan aplikasi PowToon ini. Kami menggunakan enjin pencarian seperti Google untuk mempelajari cara untuk membuat video berdasarkan tajuk yang diberi dengan menggunakan aplikasi PowToon.
3. Adat dalam melakukan sesuatu perkara mesti ada dugaan atau cabaran yang perlu dihadapi bagi menyiapkan sesuatu tugasan itu. Pada ketika itu, saya dan ahli kumpulan telah mengalami masalah untuk memasukkan video ke dalam PowToon yang telah di buat. Video tersebut tidak boleh di 'play' apabila ia sudah di 'convert '. Setelah mencuba beberapa kali, malangnya saya dan ahli kumpulan tidak dapat menyelesaikan masalah kami ini.
4. Perasaan ketika saya dan ahli kumpulan membuat tugasan ini ialah kami berasa sangat teruja, kerana ia merupakan kali pertama kami membuat video menggunakan aplikasi PowToon, Jika sebelum ini kami hanya menggunakan Window Movie Maker namun setelah mempelajari kursus Komputer dalam Pendidikan ini kami dapat mengetahui lebih banyak aplikasi dan perisian yang terdapat dalam dunia teknologi dan maklumat ini. Seterusnya, perasaan ketika membuat video menggunakan aplikasi ini ada di antara mana kami berasa sedikit tertekan terutamanya ketika video yang di rakam tidak dapat di 'play'. Ia merupakan salah satu pengalaman yang dapat saya perolehi daripada pembuatan video ini. Akhir sekali, setelah berjaya menyiapkan tugasan ini sudah tentu perasaan yang kami alami ialah gembira. Kami gembira kerana dapat melakukan tugasan ini dengan jayanya walaupun mengalami sedikit masalah.
5. Di akhir tugasan ini, kami berasa sangat berpuas hati kerana kami dapat melaksanakan tugasan ini dengan baik. Ia kerana walaupun pada permulaannya kami tidak mengetahui lansung berkenaan apakah itu aplikasi Powtoon, namun kami berjaya membuat video menggunakan PowToon dengan bantuan tutor kami iaitu Cik Mazalah, ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas. Akhir kata, dengan terhasilnya video kami ini kami berasa sangat berpuas hati, gembira dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dalam dunia teknologi dan maklumat ini. (ICT).