20 OKTOBER 2015
Kelas kelima dijalankan di MK 6, Fakulti pendidikan. Tepat jam 2.15 petang kami telah memulakan sesi pembelajaran. Perkara pertama yang kami lakukan di dalam kelas ialah membuka laman sesawang GE1155 bagi melihat tugasan yang akan dilakukan pada minggu ini. Tugasan yang diberi pada minggu ini ialah mencari maklumat tentang tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian. Seterusnya, kami juga dikehendaki membincangkan tujuan dan objektif kajian ini, Akhir sekali ialah menyenaraikan item untuk dimasukkan dalam soal selidik.
Tambahan pula, Cik mazalah memberitahu kami bahawa tajuk kajian kami adalah berkaitan dengan topik yang diberi pada tugasan 3. Tugasan yang diberi kepada saya adalah bertajuk Perisian Asal dan Perisian Berlesen. Seterusnya, Cik Mazalah telah menerangkan serba sedikit cara bagaimana untuk membuat cadangan penyelidikan dengan betul berdasarkan tajuk.